Tuesday, November 25, 2008

STATUS 'PR'














































Kemarin ramai betul orang2 d dewan kompleks persekutuan sia nampak oh. Dengar2 cerita rupanya PTI yang datang mendapatkan Mykad Hijau. Pengeluaran semula MyKad hijau oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada orang yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia sebagai sesuatu tekanan mental kepada penduduk tempatan Sabah. "Belumpun selesai isu kebanjiran pendatang asing di Sabah, isu dakwaan pemberian taraf warganegara Malaysia kepada puluhan ribu pendatang asing di Sabah, isu dokumen kewarganegaraan palsu, dan pemegang IMM13 yang tidak berkurang tetapi bertambah, kini muncul lagi isu baru iaitu pemberian MyKad hijau yang boleh menggugat hak rakyat Sabah," kata Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen. MyKad hijau ini akan laku dan sah sehingga lima tahun. Persoalannya ke mana pula arah tuju kerakyatan mereka dan juga anak-anak mereka selepas itu? dan bagaimana dengan mereka yang betul-betul warganegara di Sabah tetapi hanya diberikan kad sebagai penduduk sementara? adakah isu ini akan diselesaikan? mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi taraf kerakyatan warganegara kerana memegang kad merah..is this our nightmare?

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com